Bagaimanakah saya mengemas kini mata wang saya?

Anda boleh mengemas kini mata wang anda dengan mudah sama ada anda menggunakan app Airalo, peranti mudah alih atau peranti desktop. 

App/mudah alih Airalo:

  1. Buka Profil dan navigasi ke Mata Wang — anda akan nampak mata wang semasa yang anda pilih disenaraikan (cth. "Mata wang: Dolar Amerika Syarikat (USD) $").
  2. Ketik untuk buka dan tatal menerusi senarai mata wang – anda juga boleh menggunakan bar carian untuk mencari mata wang yang anda kehendaki.
  3. Pilih mata wang anda mahu guna.
  4. Sahkan bahawa anda ingin mengemas kini mata wang anda — baki Airmoney anda juga akan ditukar kepada mata wang baharu.

Desktop:

  1. Navigasi ke bahagian atas halaman web — anda akan nampak mata wang semasa anda di bahagian atas navigasi (cth. "$ USD").
  2. Klik pada mata wang anda untuk membuka senarai mata wang — anda boleh menatal melaluinya atau mencari mata wang yang anda kehendaki.
  3. Pilih mata wang anda mahu guna.
  4. Sahkan bahawa anda ingin mengemas kini mata wang anda — baki Airmoney anda juga akan ditukar kepada mata wang baharu.

Sebaik sahaja dikemas kini, semua harga akan ditunjukkan dalam mata wang pilihan anda. Di samping itu, anda akan nampak baki Airmoney anda disenaraikan dalam mata wang yang dikemas kini. Untuk maklumat lanjut, baca artikel pusat bantuan kami mengenai mata wang mana yang disokong oleh Airalo.

Bolehkah saya mengemas kini mata wang saya semasa membuat pembelian?

Semasa menggunakan app Airalo atau peranti mudah alih, anda tidak boleh mengemas kini mata wang anda secara terus dalam proses daftar keluar. Jika anda bercadang untuk menukar mata wang semasa membuat pembelian, anda perlu menavigasi balik ke Profil untuk mengemas kini mata wang anda. 

Sebaik sahaja dikemas kini, anda boleh membeli pakej eSIM dalam mata wang yang anda inginkan.

Pada peranti desktop, pemilih mata wang akan tersedia kepada anda di bahagian atas navigasi sehingga anda tiba di peringkat akhir proses daftar keluar. Anda boleh mengemas kini mata wang anda pada bila-bila masa sebelum anda melengkapkan pesanan.

Adakah sejarah transaksi saya akan ditukar kepada mata wang yang saya kemas kini?

Tidak, transaksi akan sentiasa disenaraikan dalam mata wang yang telah dijalankan. 

Sebagai contoh — jika anda menukar mata wang anda daripada USD kepada EUR, transaksi baharu akan muncul dalam EUR manakala transaksi terdahulu masih akan muncul dalam USD. 

Anda boleh melihat semua transaksi pembelian anda dengan menavigasi ke Pesanan dari profil anda.

Bagaimanakah AirMoney terjejas jika saya mengemas kini mata wang saya?

Jika anda mengemas kini mata wang anda, baki Airmoney anda juga akan ditukar kepada mata wang pilihan anda. Dengan cara ini, anda boleh menggunakan Airmoney dengan mudah untuk apa-apa pembelian yang anda buat, tanpa mengira mata wang yang anda gunakan.

Sila ambil perhatian, Airmoney ditanda aras kepada dolar Amerika Syarikat (USD). Airalo menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk mengira kadar pertukaran — jika anda mengemas kini mata wang anda, baki Airmoney anda akan ditukar berdasarkan kadar semasa.

Jika anda menghadapi masalah mengemas kini mata wang anda atau mempunyai apa-apa soalan, sila hubungi pasukan sokongan kami . Kami sentiasa berbesar hati untuk membantu.

Soalan berkaitan

Tajuk lain

Masih perlukan bantuan?

Hubungi kami dan pasukan sokongan pelanggan kami akan menghubungi anda dengan cepat.
Hantar mesej kepada kami
Hak cipta Airalo © 2021
  • x